Thursday, March 24, 2016

✿ B.A.I.T.U.L M.U.S.L.I.M

mereka berkata
hidup perlukan cinta
agar sejahtera aman dan bahagia
andai tiada atau pudar warnanya
meranalah jiwa gelaplah dunia

warna warna cinta 
yang terlukis di hatimu
semat pada senyum dan tangismu
agar mewarnai jiwamu yang tulus
seperti sang pelangi
selepas gerimis

mereka berkata cinta itu merah
mengalir bersama titisan yang sempurna
cinta berharga bila sudah tiada
menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

apa warna cinta
bila hidup sengketa
kabur warnanya


bismillah

Alhamdulillah dengan izin dan kurniaNya, suha selamat di ijab kabulkan dengan lelaki yang di impi pada 6 JUN 2015 @ 11pagi  bertempat di teratak ayah dan bonda suha sendiri di Muar ,Johor. Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri dan saat itu juga rasa cinta dan kasih itu berputik dan mengeluarkan harumnya. Hari-hari mendatang di penuhi dengan warna-warna cinta, tidak jemu melihat senyum dan mendengarkan telatahnya.

Buat kamu suamiku, setiap saat aku merindui dan menyayangimu. Syukur aku bertemu denganmu. Keperibadianmu membuatkan aku betul-betul jatuh cinta dan hidupku lebih sempurna. Terima kasih kerana melayani kerenah isterimu, mendidik , mengasihi isterimu. Tegas seorang guru pada anak didiknya, tapi bertukar menjadi penghibur buat isterinya. Demi cinta , kau milikku

Memulakan hidup berumah tangga pada usia 22 tahun menjadikan diriku lebih matang. Mungkin saat ini sahabat-sahabat seronok keluar bersama-sama, tanpa memikirkan soal rumah tangga. Tapi bagi suha, setiap saat yang dilakukan bersama suami sama sekali tidak membuatkan suha menyesal bernikah di usia ini. Malah suha bersyukur, tiada lagi gangguan hati dengan adanya suami yang sah di sisi setiap masa. 




















Saturday, May 2, 2015

✿ خطوبة , PERTUNANGAN ,ENGAGEMENT

Sungguh aku tidak mengenalimu,
Bagaimana mungkin aku menerima kamu,
Sedang aku tidak tahu asal usulmu,
Bahkan nama dan rupa kamu..
Inikan pula bersua dan berbicara denganmu..
Dan inilah hakikat aku dan kamu,
Berusaha ke arah itu..


Alhamdulillah tanggal 18 Disember 2014 suha bergelar tunang orang..Insan yg berjaya mencuri hati kedua ibubapa suha, insan yg sangat suha kagumi kehebatannya, terkadang tak terfikir untuk bertemu jodoh dengannya..Di lahirkan bukan dalam keadaan yg sempurna, dan mengharap saling mengisi kekosongan dalam diri masing-masing.. Mengenang kembali detik awal perkenalan, bukan percintaan ^_^

Dengan takdir Ilahi, kami di pertemukan di laman sosial FACEBOOK pada awal tahun 2012.. Mungkin ramai yg tidak mempercayai setiap tindak tanduk dalam laman sosial adalah baik.. Dan suha juga tidak menidakkan..Setiap jodoh dan pertemuan ada kisah dan cerita sendiri..Dan ini KISAH KAMI

Kami berkenalan bukan dimulakan dengan taaruf sesama sendiri, tapi sekadar bertukar buah fikiran, berkongsi ilmu di laman sosial..Saat itu kami tidak mengenali satu sama lain..Seperti mana kata-kata pada mula entry ni..Kami sama sekali tidak kenal, NAMA, UMUR,  ASAL USUL, BAHKAN PARAS RUPA masing-masing.Pertengahan tahun 2012 kami mula bertegur sapa..Mungkin perasaan malu dalam diri masing-masing untuk tidak mengizinkan kami memperkenalkan diri masing-masing..Cukup hanya mengenali nama samaran di laman sosial Facebook..

Sejujurnya, kamu bukan insan pertama yg datang mengetuk pintu hati ni, dan begitu juga diri ini bukan insan pertama yg hadir dalam hidupmu..Namun dengan redha Allah SWT ,kami mengharapkan kami adalah yg terakhir..Perkenalan hari demi hari membuatkan suha menerimanya tanpa suha mengenali sapa dia sebenarnya..Tidak pasti kekuatan untuk membuka hati yg tersimpan rapi datang dari mana?..Saat tu kami masih saling tidak mengenali..

Sehinggalah detik yg sangat memalukan bagi suha apabila kami berhubung melalui laman sosial Facebook..Masa tu jam Malaysia menunjukkan pukul 1 tengahari bersamaan hari Jumaat..Sedang rancak berkongsi ilmu..Suha tersedar bahawa dia tidak menunaikan Solat Jumaat!!  sedangkan waktu tersebut ayah dan abang sedang menunaikan Solat Jumaat.. Tanpa bertanya lagi, hati mulai goyah dengan lamaran darinya..Berusaha untuk menjauhkan diri darinya dengan alasan dia tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang lelaki Muslim..Dan tersasar jauh dari calon suami yg di harapkan..

Akhirnya, dia mula menjelaskan bahawa kami bukan dalam masa dan dalam negara yg sama..Beza kami 5 jam..Rupanya dia masih dalam pengajiannya dalam tahun akhir bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu'tah, Jordan..Tidak dapat suha gambarkan betapa malu kerana tidak bertanya terlebih dahulu dan terus membuat andaian sendiri.. Bermula dari saat tu kami taaruf sehingga ke hari ini dan seterusnya..

Tiada lain yg kami harap selain redha Allah dan keluarga masing2..Berusaha sehabis mampu untuk pelajari ilmu BaitulMuslim untuk di adaptasi kelak..Moga Allah SWT bersama kami, dan rahmati keluarga kami.. Sekian untuk entry خطوبة , pertunangan, engagement kami..

Wassalam.



















Sunday, February 8, 2015

✿ ALHAMDULILLAH ^_^

Assalamualaikum..Alhamdulillah wa syukurillah akhirnya suha berkesempatan utk update blog yg x seberapa ni..Ya mungkin blog yg sangat boring, tak cukup input untuk di kongsi bersama dan InsyaaAllah after this I'll try my best to share input yg bermanfaat untuk kita semua sebagai hambaNya..InsyaaAllah ^_^..

Alhamdulillah ?? kenapa entry kali ni bertajuk ALHAMDULILLAH..Kebiasaanya kita akan ucap Alhamdulillah tanda kita bersyukur dengan nikmat yg di kurniakan olehNya. Sebagai hamba yg penuh dosa dan noda dalam kehidupan kita ni, kita wajib bersyukur dengan apa yg kita ada..Tak kira nikmat itu sebesar zarah sekalipun..Ia tetap nikmat dan sebesar-besar nikmat pada diri kita adalah nikmat hidup dan Islam sebagai Agama kita ^_^

Sebagai yg sedia maklum, suha jarang dan tak cukup masa untuk update blog ni sebab suha belajar nursing kat penang..Dan sekarang officelly Im free..Alhamdulillah suha berjaya menamatkan Pengajian Kejururawatan ni dengan jayanya..hee 3 tahun yg sangat memenatkan, 3 tahun yg penuh dengan ujian, 3 tahun berjauhan dari keluarga tercinta, 3 tahun yg mematangkan dan 3 tahun yg melayakkan suha bergelar JURURAWAT TERLATIH U29 ..Actually, gred ni x seberapa berbanding sahabat yg mengikuti pengajian tinggi yg sangat-sangat tinggi..Terus terang, 3 tahun ni suha mujahadah, muhasabah diri sebab sedih kan tak dapat capai cita-cita..BUT ALLAH gantikan dengan yg lain..Apakah ia??? Hee ok teruskan pembacaan ya ^_^

Tanggal 23 Disember 2014 , Alhamdulillah suha lulus Exam LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA..Actually suha sangat risau dengan result ni, hope sangat lulus..dan Alhamdulillah suha lulus ^_^
Kini suha sibuk buat preparation untuk posting 25 February 2015 dan di minta untuk melapor diri di Shah Alam , Selangor ^_^

Sekian wassalam ^_^



Friday, December 20, 2013

✿ HIMMAH KEIMANAN


Assalamualaikum, apa khabar himmah kalian hari ini ? Adakah ia berada sejajar dengan matlamat atau puncak hasrat kita dijadikan didunia ?

✿ APA ITU HIMMAH ?
Adakah kita sama-sama masih bersemangat bagi melakukan peningkatan dalam diri?
Apa yang dimaksudkan dengan himmah adalah perkataan yang mempunyai segumpal kekuatan, bukannya kekuatan yang biasa-biasa tetapi kekuatan yang luar biasa.
Siapa pun yang ingin lakukan peningkatan dalam dirinya, maka dia perlu bertanyakan kepada dirinya sendiri saban hari, adakah hari itu dia benar-benar memiliki himmah yang tinggi untuk lakukan perubahan demi perubahan ?
Tetapi tidak cukup dan terhenti dengan bertanyakan pada diri tanpa usaha dalam melakukan peningkatan bagi membuktikan kita memiliki himmah yang tinggi. Amatlah pelik sekiranya kita mahukan syurga yang tinggi tetapi memiliki himmah yang rendah.
Ibnul Qayyim dalam Madarijus Salikin berkata, “ Himmah adalah puncak hasrat, secara khusus orang-orang mengertikannya sebagai puncak hasrat. Manakala hammu pula adalah permulaan hasrat. Beliau berkata lagi, “ cita-cita yang tinggi itu tidak akan berhenti pada selain Allah, tidak akan dapat ditukar oleh sesuatu pun selainNya, tidak akan puas kepada yang lain sebagai gantiNya, dan tidak akan menjual segala kurniaan Allah berupa kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan dengan sesuatu yang hina dan fana”.

✿ DI MANA HIMMAH BERTAPAK ?
Jawapanya adalah hati. Himmah adalah pekerjaan hati dan yang dapat menguasai diri adalah pemiliknya sendiri. Sebagaimana Allah SWT menjadikan sepasang sayap kepada burung untuk terbang sebagai kekuatan, manakala manusia terbang dengan himmah atau hasratnya yang akan membawanya ke puncak tertinggi.
Jiddiah, adalah asas kepada jiwa yang berhimmah. Jiddiah ini membawa maksud kesungguhan, ketekunan, dan semangat yang membara dalam jiwa. Himmah dalam hati kita perlukan istiqamah. Istiqamah yang kita difahamkan adalah bermaksud berterusan, tetapi istiqamah sebenar-benarnya membawa maksud usaha yang berterusan dan melakukan peningkatan dalam masa yang sama. Namun pernahkah kita berasa lesu, malas dan penat selepas melalui detik-detik jiwa yang membara dan penuh bersemangat ? Jiwa yang dahulunya berkobar-kobar dan menyala-nyala dengan kehendak yang tinggi malah teruja, tiba-tiba cetusan sesuatu itu beransur hilang dan akhirnya, yang tinggal hanya kenangan lampau. Sekiranya kita ada perasaan sedemikian, perlu berbalik pada himmah asal kita iaitu puncak hasrat kita sendiri.
Sungguh, sesiapa yang memiliki cita-cita yang membara, jiwa yang teruja, usaha yang giat dan sabar yang berterusan, maka dia memenuhi ciri-ciri manusia yang ulung. Dr. Abdullah ‘Aid Al-Qaryani pernah menyebutkan :
“ sesiapa yang bercita-cita hanya untuk syahwatnya dan mencari kenikmatan hidup semata-mata, maka banyak kegagalan yang akan ditemui, terserlah kekurangan dan terdedah aibnya”.
Cita-cita yang benar dan matlamat yang jelas kerana Allah SWT akan memandu kita bagi melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya kita memperoleh kejayaan didunia mahupun di akhirat kelak. Allah SWT menyatakan dalam surah Al-Najm, ayat 39 hingga 41,:
“dan bahawasanya seorang manusia tiada perolehi selain apa-apa yang diusahakannya. Bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna”.
Himmah, kesungguhan dan jiddiah yang di maksudkan adalah kekuatan iman dalam kehidupan harian kita. Bagaimana kuatnya kita dalam menempuh segala mihnah dan istiqamah dalam melakukan segala yang baik dan meninggalkan perkara yang mungkar. Dan bukanlah himmah yang diceritakan atas perkara yang tidak-tidak.

✿ HIMMAH MELALUI SOROTAN SEJARAH ...nantikan entri akan datang  ^^


Friday, November 22, 2013

✿ AKU MENCINTAIMU YA RASULULLAH



✿ HAKIKAT CINTA KEPADA RASULULLAH

Banyak orang yang mengaku dengan mudah bahawa mereka cinta kepada Rasulullah dengan lisan tetapi mereka tidak tahu hakikat dan bentuk daripada cinta tersebut yang sepatutnya lahir tulus dari dalam hati. Ketika umat Islam diperintahkan supaya mencintai Nabi Muhammad saw, itu bukanlah sama sekali kerana Nabi Muhammad saw memerlukan cinta dari umatnya, bahkan Rasulullah tidak memerlukan cinta kita. Cinta manusia kepada baginda tidak akan menambahkan kehormatan dan kemuliaan baginda dan hilangnya cinta manusia kepada baginda juga tidak akan mengurangi kehormatan dan kemuliaan baginda. Rasulullah adalah manusia yang layak kita cintai kerana kemuliaan dan keagungan baginda sudah menjadi kekasih Allah.

Rasulullah menganjurkan kita mencintai baginda, kerana apabila kita mencintai baginda dengan tulus maka perilaku kita akan berusaha menyesuaikan dengan perilaku baginda, berusaha mahu mencontohi akhlak mulianya dan meneladaninya.
·        Dari segi kejiwaan, cinta kepada Rasulullah akan mendorong munculnya semangat mahu mengikuti sunnah dan mencontohi akhlak baginda.
·        Dari segi kemasyarakatan, cinta kepada Rasulullah menjadi symbol kebersamaan dan kesatuan umat Islam.
·        Dari keakhiratan, cinta kepada Rasulullah membawa keuntungan di akhirat kelak.
Bukankah setiap kali kita mencintai sesuatu maka kita akan mengambil tahu semua perkara yang berkaitan dengannya. Malah mungkin kita ingin menghadirkannya selalu dalam liku-liku hidup kita. Cinta laksana air mengalir yang memindahkan seluruh sifat sang kekasih kepada kita yang mencintainya. Maka jadikan Rasulullah sebagai kekasih sejati yang kita cintai. Rasa cinta mempunyai pengaruh yang besar terhadap perilaku kita. Kalau seseorang mencintai sesuatu, maka seluruh perilaku orang tersebut akan dipengaruhi oleh sesuatu itu.

✿ CINTA KEPADA RASULULLAH ADALAH KEWAJIPAN AGAMA

Sebagai mana yang kita sedia maklum, rukun iman ada 6 iaitu :
·                          Beriman kepada Allah swt
·                          Beriman kepada malaikat
·                          Beriman kepada kitab-kitab
·                          Beriman kepada rasul-rasul
·                          Beriman kepada hari kiamat
·                          Beriman kepada qada’ dan qadar

Mencintai Rasulullah  menjadi sebuah kewajipan dalam iman,yang juga merupakan sebuah ketetapan agama. Cinta kepada Rasulullah perlu di iringi dengan cinta kepada Allah swt. Selepas cinta kepada Allah swt, tidak boleh ada kecintaan kepada perkara lain melebihi cinta kepada Rasulullah. Cinta kepada Rasulullah merupakan asas akidah seorang muslim.

Imam Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah berkata, “ Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, tidaklah di antara kalian beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.” Cinta kepada Rasulullah harus melebihi cinta kepada keluarga, harta, dan seluruh manusia. Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas, Rasulullah berkata, “tidak beriman seorang hamba sehingga aku lebih dia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan seluruh manusia”.
Cinta kepada Rasulullah harus lebih tiggi daripada cinta terhadap diri sendiri, kerana Allah menegaskan. “ Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dan ukuran diri mereka sendiri”.  ( surah al-Ahzab ayat 6)
Rasulullah sendiri pernah berkata, keimanan seorang muslim harus diukur dengan cinta kepada Rasulullah. “ Tidak beriman seseorang sehingga aku lebih dia cintai berbanding dirinya sendiri”.

Suatu ketika Rasulullah berjalan bersama Umar bin Khattab. Tiba-tiba Umar berkata kepada baginda, “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diri sendiri”. Maka Nabi berkata, “ Tidak wahai Umar, demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri”. Mendengarkan jawapan itu, Umar segera membetulkan kata-katanya seraya berkata, “Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri”.

Imam Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya bagaimana cintanya kepada Rasulullah, “sungguh , demi Allah baginda lebih aku cintai dari semua hartaku, anak-anakku, ayahku, ibuku dan daripada air dingin yang menyegarkan kala dahaga”. Tanpa kecintaan kepada Rasulullah, seluruh bangunan keagamaan kita akan runtuh. Bagaimana kita dapat meneladani Rasulullah tanpa pada dasarnya kita cinta kepada baginda. Di dunia ini, Rasulullah adalah syafi ( member syafaat, pertolongan dan penghubung ) antara makhluk dengan Tuhannya. Kalau kita ingin merasakan kehadiran Allah swt dalam diri kita, maka hadirkanlah Rasulullah di hati kita. Begitu juga sebaliknya, jika kita ingin dicintai Allah, maka cintailah Rasulullah.

✿ JALAN CINTA KEPADA RASULULLAH

Cinta itu dapat dibina dan dapat ditanamkan. Salah satu cara menanamkan kecintaan kita kepada Rasulullah adalah dengan berusaha mengenalnya. Permulaan cinta itu adalah mengenalinya. Bak kata pepatah, tidak kenal, maka tidak cinta. Kita lebih cenderung mencintai perkara-perkara yang kita kenal dengan baik. Bagi mengenal Rasulullah, harus bermula dengan membaca riwayat hidupnya, akhlak, dan perjuangannya. Jika kita tidak kenal Rasulullah, maka kita tidak akan menyukainya. Oleh itu, usaha orang munafik dan kafir dalam usaha mereka menghancur dan merobohkan tunggak Islam adalah dengan mengasingkan umat Islam daripada Rasulullah. Mereka juga memperkenalkan Rasulullah sebagai peribadi yang penuh dengan sikap negative yang bertujuan rasa cinta itu luntur dan hilang. Apabila rasa cinta kepada Rasulullah itu hilang, maka runtuhlah seluruh tunggak agama ini.

✿ TANDA-TANDA ORANG YANG MENCINTAI RASULULLAH

Terdapat banyak tanda-tanda seseorang itu benar-benar mencintai Rasulullah, antaranya :
1.     1. Tidak akan malu menyatakan rasa cintanya dengan lisan.
Iaitu mereka tidak malas dalam mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw, dan tidak segan memuji kemuliaan dan akhlak baginda.

2.    2.  Merindukan pertemuan dengan baginda lebih dari segalanya.
Demikian ditunjukkan oleh kaum Ansar yang mana penuh rasa gembira semasa menyambut kedatangan Rasulullah dari kota Mekah menuju Madinah. Hampir setiap pagi mereka pergi ke perbatasan kota menunggu kedatangan nabi dan tidak pulang ke rumah sehingga panas terik mentari mengusir mereka.
Pada suatu hari, kerana lama menunggu, mereka kembali ke rumah masing-masing, seorang yahudi yang mendaki tempat tinggi di salah satu benteng tiba-tiba melihat sekelompok orang berpakaian putih menerobos fatamorgana. Tanpa di sedari, orang yahudi itu berteriak dengan suara yang amat keras. “ wahai orang-orang Arab, itulah pemimpin yang kalian nantikan.” Maka orang Ansar berhampuran keluar dari rumah masing-masing. Di tengah terik panasnya padang pasir, mereka menyambut kedatangan Rasulullah. Subhanallah!

3.   3.   Bersedia bekorban kerana pengorbanan adalah puncak penyataan cinta.
Terdapat banyak kisah yang menceritakan kepada kita akan pengorbanan-pengorbanan sahabat-sahabat baginda terdahulu.
·        Abu Bakar rela menyerahkan semua hartanya kepada Rasulullah dalam membantu dakwah Islam.
·        Ammar bin Yasir diseksa dan kehilangan kedua orang tuanya yang dibunuh oleh kaum kafir Quraisy di depan matanya.
·        Ali bin Abi Thalib menjadikan nyawanya sebagai taruhan dengan tidur di tempat pembaringan Rasulullah bagi mengaburi mata musuh semasa Rasulullah dikepung oleh kaum kafir Quraisy pada malam menjelang hijrah ke Madinah.
·        Abu Talhah menjadikan nyawanya sebagai taruhan apabila lehernya terkena anak panah musuh dan melarangi Rasulullah menunjukkan dirinya dari musuh semasa Perang Uhud.
·        Abu Dujanah menjadikan dirinya sebagai perisai Rasulullah dengan merangkul baginda sehingga anak panah menusuk seluruh tubuhnya sedang dia tidak berganjak walau sedikit pun.
4.    4.  Harus tunduk terhadap perintah dan menjauhi larangan baginda.
Allah menyatakan, “sesungguhnya jawapan orang-orang Mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya supaya rasul menghukum ( mengadili ) di antara mereka ialah ucapan. ‘kami dengar dan kami patuh’ dan mereka itu orang-orang yang beruntung.”  (Surah an-Nur ayat 5)

5.     5. Bantu menegakkan Islam dan menyokong pelaksanaan syariat.
Allah menegaskan, “di antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada yang menunggu dan mereka sedikit tidak mengubah ( janjinya ).”   ( surah al-Ahzab ayat 23 )

✿ CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA MANUSIA KE SYURGA

Syurga itu dapat diraih dengan adanya rasa cinta yang tulus kepada Rasulullah. Sebuah hadis Nabi menyebutkan “barang siapa yang mencintaiku, kelak dia akan berada di syurga bersamaku”. Imam Bukhari merekodkan, Suatu ketika seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah lalu bertanyakan perihal Hari Kiamat. Rasulullah berkata, “Apa yang sudah engkau persiapkan bagi hari itu,” orang Badwi itu menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak memiliki apa-apa, tetapi aku mencintai Allah dan rasulNya”. Mendengarkan jawapan itu, Rasulullah berkata, “Engkau bersama orang yang engkau cintai”.

Sollu alan nabi..
Yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang buruk itu datangnya dari diri ana sendiri. Sekian, wassalamualaikum ^_^


Monday, October 14, 2013

✿ CYCLING in memory ^^

Assalamualaikum..Ahlan wa sahlan pada pembaca baru blog ana..Apa khabar iman sahabat2 semua ? ^^
Alhamdulillah, kali ni ana nak kongsi detik2 kenangan terindah bersama teman2 sekumpulan ana CYCLING at STREET ART..Pengalaman yang superrrrpppp best !!! That day kami gembira, gelak , santai, picnic sama..Moga ukhwah kita akan kekal baik dan berterusan selamanya, ameen ^^ Terima kasih pada sahabat2 yang sentiasa ada disisi, membuat diri ini gembira. Sayang kalian Fillah until Jannah ^^ Di sini ana share gambar2 yang sempat di snap. Setiap gambar ada cerita dan kenangannya tersendiri..JUST BE UR SELF !!! # XOXO ✿ LOVE ALLAH ✿

baca maps penang ^^

bergambar with org jepun !!

Padang Kota

bergambar with org putih errkkk

cycling tbe2 ternmpk lukisan kucing terbesar!! at street art

benda kat tengah jalan ?? comell

setibanya di Padang Kota

mereka yg comel !! at street art

with kak D ^^

at kedai basikal ^^




 kamilah juara !!!

sekian, wassalam ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...