Friday, June 22, 2012

✿ fikah perubatan



mana 1 ana ya . . . . ??? ^_^


Assalamualaikum warahmatullah wbr . . .

" FIQH PERUBATAN " adalah penting untuk di pelajari. Terutama yang bekerja dalam bidang perubatan, tidak kiralah seseorang itu bekerja sebagai doktor, jururawat, pegawai x-ray, pembantu makmal, bidang fiqh perubatan ini mampu membantu kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu hukum, ibadat, dan asas ilmu fiqh yang membolehkan kita memberi nasihat kepada pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh badan untuk dikaitkan dengan amalan ibadat.

“Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas, apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.”



Wednesday, June 20, 2012

✿ hobi baru cuti sem ^_^




 # miza tu roomate ana trcyg  ^^ #



# TINTA NAURAH #






sekian ,wassalam ^^

Monday, June 18, 2012

✿ in a relationship ???





Seorang wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...

Tahukah anda bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali :



(1) orang-orang yang beriman

(2) beramal soleh
(3) berpesan2 pada kebenaran

(4) berpesan2 pada kesabaran




Surah Al-'Asr.
sekian wassalam ^^

Sunday, June 17, 2012

✿ apa itu tulang sulbi / coccyx ?




BUKTI KEBENARAN HADIS RASULULLAH 


Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang 
sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.

Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.

Sahabat bertaya Nabi shallallahu 'alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu 'alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” - (Riwayat Ahmad)

Drpd Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahawa Rasululah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yg bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.

Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dgn suhu yg amat panas dlm tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel2 dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx utk tumbuh semula. Beliau tlh memasukkan tulang2 sulbi yg tlh dikisar & dibakar tadi ke dlm embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dpt tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis. ( petikan dari facebook )



sekian wassalam.

✿ tertutup VS terbuka



~~  TERTUTUP

Hadiah yang dibalut dengan kemas dan sempurna pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya. Biarpun tidak mengetahui isi yang ada di sebalik kotak bertutup itu, ia tampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup dengan rapi.

Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi. Tak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan, tetapi ia mahu dilindungi daripada terlalu dipandang oleh orang ramai. Ianya mungkin sesuatu yang berharga.

Tutup dan jagalah barang berharga kita dengan sebaiknya. Tertutup itu bukan memalukan, tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukanlah malu itu tanda orang yang beriman dan cabang daripada keimanan? Daripada Abi Mas'ud, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "apabila engkau tiada sifat malu, maka lakukanlah apa-apa sahaja yang engkau mahu." (riwayat al-Bukhari )

~~  TERBUKA

Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih, pasti kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tetutup sahaja yang akan menjadi pilihan ramai. Dalam fikiran pembeli, makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi debu atau lalat.

Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan ingin diketahui umum. Biarlah orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti akan mendapat pujian. Secara tidak sedar, ia turut membuka sifat riyak dan takbur dalam diri dalam diri seseorang itu.

Maksud ayat 6 surah al-Ma'un merakamkan bahawa antara orang yang mendustakan agama ialah orang yang berkeadaan riyak ( menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan bawaanya ). Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang mempunyai hasad dengki untuk menghancurkannya.

pengajaran : Jangan biarkan aurat terbuka, kelak akan mudarat diri sendiri dan tutuplah aurat ( khusus muslimah ) semoga pintu syurga terbuka buat kita.

sekian, wassalam ^^

Friday, June 15, 2012

✿ pengajaran : syirik kerana sepohon pokok


"Bagaimana mereka boleh terfikir untuk menyembah pokok tu?" fikir seorang lelaki yang berang.
Dia pulang ke rumah dan mengambil kapak. Tanpa berlengah, dia segera kembali ke arah pokok tesebut.

"Aku akan tebang pokok itu", azamnya begitu jitu. Dalam perjalanannya, dia dihalang oleh iblis yang menyerupai seorang lelaki.

"Engkau ingin ke mana?" tanya iblis.

"Aku ingin menebang pokok besar yang disembah di pinggir pekan. Itu semua syirik!" lelaki tersebut bersemangat memberitahu.

"Engkau jangan jaga tepi kain orang," kata iblis yang bertujuan untuk melengah-lengahkannya.

"Tidak. Ini adalah tanggungjawab aku sebagai Muslim."

"Ah, mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Aqidah mereka rosak. Kita yang masih sejahtera aqidah ini jangan campur tangan. Takut berjangkit pula penyakit syirik," jawab iblis semakin licik.

"Tapi aku dah berjanji dengan Allah untuk mencegah kemungkaran ini".

"Apa kata engkau balik dulu. Asah kapak itu. Lagi tajam, lagi cepat dan mudah menebang", iblis cuba memujuk.

"Tidak perlu, ia sudah cukup tajam," lelaki itu mempertahankan tindakannya.

Iblis tidak berputus asa, dia mencadangkan sesuatu idea : "Apa kata kita buat perjanjian. Jika engkau tidak menebang pokok itu, engkau akan mendapat wang lima dirham setiap pagi di bawah bantalmu."

"Betulkah?" lelaki tersebut mula terpedaya.

"Ya, aku menjamin setiap hari engkau akan mendapat lima dirham, selagi engkau tidak menebang pokok itu," iblis bersungguh-sungguh dengan janjinya.

Dengan tawaran itu, lelaki tersebut membatalkan hasratnya mencegah perbuatan syirik. Kini, hatinya fokus kepada dirham yang bakal diperolehnya. Memang benarlah, esok paginya dia mendapati ada wang di bawah bantalnya. Begitu juga esoknya dan hari-hari seterusnya. Hatinya gembira. Namun, setelah seminggu berlalu, tiada lagi wang seperti sebelumnya. Dia berasa marah.

"Engkau berbohong! kali ini aku akan tebang pokok itu," berkata lelaki itu yang sedang marah.

"Cubalah! aku akan halang engkau," ancam iblis.

Kali ini iblis begitu mudah menghalangnya, tidak seperti sebelumnya. Mengapa?

Dahulu dia menentang iblis ikhlas kerana Allah swt. Namun, kali ini dia menentang kerana tidak mendapat wang. Niatnya tidak lagi ikhlas, maka mudahlah iblis mengalahkannya.

Akhirnya, pohon tersebut terus kekal dan disembah oleh penduduk disekitarnya.

Pengajaran : Amar makruf nahi mungkar ada musuhnya. Adakah kita akan berjaya jika masih mengikut telunjuk musuh tersebut? Perbaiki diri dan pada masa yang sama serulah orang disekeliling kepada kebaikan.

sekian, wassalam ^^

✿ pengajaran : pasaran kasut


Dua orang kakitangan sebuah syarikat pembuatan kasut dihantar ke sebuah negara mundur di Afrika, untuk meninjau potensi pasaran kasut di sana. Syarikat menghantar mereka dengan segala kemudahan penginapan
dan menaiki penerbangan kelas pertama.

Sebaik mendarat di lapangan terbang, mata mereka terus sahaja ditumpukan kepada kaki-kaki orang yang lalu lalang di sekitar. Mereka tidak membuang masa dengan banyak berehat. Sebaliknya mereka terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Esoknya mereka segera berkunjung ke beberapa buah kilang dan kedai-kedai kasut yang ada. Mereka juga melawat kawasan bandar dan pendalaman. Setelah empat hari berada di sana, tiba masanya untuk mereka pulang dan menyediakan analisa dan laporan disediakan secara berasingan, mengenai potensi pasaran kasut di negara itu.

Laporan dibentangkan. Namun, ada perbezaan besar laporan antara mereka berdua.

"Tiada potensi pasaran kasut di negara ini kerana kebanyakan penduduk tidak memakai kasut, terutama penduduk kawasan pendalaman. Kesimpulan saya : kebanyakan mereka tiada kuasa membeli yang besar."

kakitangan kedua :

"kita ada potensi pasaran yang besar di negara itu kerana masih ramai yang belum berkasut. kesimpulan saya : banyak peluang pasaran kasut di sana."

Pengajaran : di sebalik setiap perkara ada potensi untuk sesuatu jika dipandang dari sudut positif. Yang penting, jangan jadikan faktor luaran sebagai halangan.

sekian, wassalam ^^

✿ ibarat sebuah kapal



Realiti ini dinyatakan dalam hadis Rasulullah saw dalam hadis Baginda. Daripada al-Nu'man bin Bashir, Baginda saw bersabda, maksudnya :

     "Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tepat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata: "Kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami.' Lalu orang yang berada di bawah berkata: "sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air.' Kalau mereka menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka mereka akan tenggelam kesemuanya." ( Riwayat al-Tirmizi )

     Dalam analogi mudah ini, orang yang duduk dibahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan. Di bahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan mencegahnya. Jika orang yang berada di bahagian bawah kapal membuat lubang di kapal untuk mengambil air, ia berisiko menenggelamkan kapal.

     Jika kita berada di atas, adakah wajar kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dengan tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mereka di bahagian bawah?

     Jika maksiat berleluasa, impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh. Jika  bencana melanda dek Allah murka, orang soleh juga tidak terkecuali.

    Jadi, pilihan yang ada ialah sama ada diam ataupun bertindak. Pilihlah . . .

sekian, wassalam . . . ^^

Wednesday, June 13, 2012

✿ sentuhanmu ( ayah )

terpanar aku pada sentuhan keramatmu
mengheret aku mentafsir memori silammu
duluku ragu apa terbungkam dibenakmu
kini ku tahu apa yang terbuku dihatimu

surut dedarku pada usapan manteramu
tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

oh ayah . . .
tak pernahku tanya
kemana tumpahnya keringatmu

oh ayah . . .
tak pernahku hitung
berapa banyak kerutan di dahimu

yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
yang sedaya ayah laksanakan
kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

lestari kasihmu tanpa batasan
sempadan waktu yang memisahkan
abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
sentuhanmu amat bermakna



#khas buat abi yang sangat ana sayangi, SELAMAT HARI BAPA . . ana sayang abi so much ^^

Tuesday, June 12, 2012

✿ mengapa perlu jadi baik dahulu?

Syarat-syarat menjadi seorang dai tidak seharusnya menjadi penghalang untuk terus mendidik diri di samping menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

     Anas bin Malik meriwayatkan : "kami para sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad saw : " wahai Rasulullah,adakah kami harus menghentikan amar makruf nahi mungkar kepada orang lain sebelum kami melakukan kebajikan dan menjauhkan diri daripada kemungkaran sebagaimana yang kami seru ?

     Rasulullah saw menjawab, maksudnya : "kalian wajib menyuruh kebaikan walaupun sebahagian kebajikan yang kalian serukan itu belum kalian lakukan. Kalian juga wajib mencegah kemungkaran walaupun sebahagian kemungkaran itu belum kalian jauhi. "

     Memang sukar untuk mendidik diri. Menunggu sehingga kita menjadi baik seratus peratus kemudian melakukan tugas amar makruf dan nahi mungkar ialah langkah yang tidak praktikal. Sebaiknya, berpeganglah pada prinsip : "baiki diri dan serulah orang lain." InsyaAllah, dengan menyedari betapa sukarnya mendidik diri sendiri akan memberi satu kesabarab dalam usaha mendidik orang lain.

     Kesabaran itu sangat penting. Menyedari hakikat itu, Luqman al-Hakim telah menasihati anaknya : "hai anakku, dirikan solat, suruhlah manusia mengerjakan kebaikan dan cegahlah manusia daripada perbuatan mungkar serta bersabarlah menghadapi bala bencana yang menimpa kamu ". ( surah Luqman 31 : 17 )



wassalam ^^

✿ sahabat dunia akhirat insyaAllah






wssalam ^^

Thursday, June 7, 2012

✿ menjadi semulia-mulia ISTERI

Daripada Anas bin Malik r.a. yang berkata, maksudnya :"seorang anak Abu Thalhah daripada Ummu Salim telah meninggal dunia. Ummu Salim berkata kepada keluarganya :" jangan ceritakan kisah anak ini kepada Abu Thalhah sehingga aku sendiri yang akan menceritakannay".

     Maka pulanglah Abu Thalhah, lalu Ummu Salim menyediakan makan malam untuknya. Lalu Abu Thalhah pun makan sementara Ummu Salim berhias secantik mungkin tidak seperti sebelumnya. Lantas Abu Thalhah tertarik kepadanya.

     "Setelah menyedari Abu Thalhah telah kenyang, maka Ummu Salim pun mendekati Abu Thalhah dan berkata :"wahai Abu Thalhah, satu kaum yang meminjamkan sesuatu kepada sesuatu keluarga, lalu kaum tadi meminta kembali pinjamannya,bolehkah keluarga tadi menolak? " Abu Thalhah menjawab :" tidak boleh ". Ummu Salim berkata :" lalu bagaimanakah sekiranya itu adalah anakmu?" Lalu Abu Thalhah menjadi gusar seraya berkata :" apakah engkau membiarkan aku sehingga engkau sendiri yang menanggung beban dan akhirnya baru engkau menceritakan tentang anakku?" Lalu Abu Thalhah datang menghadap Rasulullah saw dan memberitahu Baginda apa yang telah terjadi. Rasulullah saw bersabda, bermaksud :" semoga Allah swt memberkati malam kamu berdua." ( riwayat al-Bukhari dan Muslim )

     Cuba kita renungkan, betapa tabahnya hati seorang isteri menanggung beban seberat itu, tetapi dalam masa yang sama masih terus mengutamakan perihal suami dalam apa jua keadaan sekalipun.

     Isteri solehah tidak menyambut kepulangan suaminya kecuali dengan khabar gembira. Setelah menenangkan suami, dihidangkan makanan untuknya, lalu menghampiri suaminya sehingga suaminya berhajat kepadanya, lalu dia mencari wasilah terbaik untuk menyampaikan berita dan kaedah yang sungguh bijaksana dan kesabaran yang mendalam. Semoga Allah terus meredai iktibar dan kesabaran isteri yang berusaha menyambut kepulangan suami dengan cara yang baik.



sekian wassalam ^^

Wednesday, June 6, 2012

✿ subur dengan syukur

"Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita, nanti kita akan menjadi orang yang sakit jiwa," kata Dale Carnegie.Setiap sesuatu yang berharga tentulah sukar untuk mendapatkannya.Begitulah juga dengan sifat syukur.Syukur itu tidak boleh dipaksa,ia perlu muncul dari dalam hati dengan kerelaan.Manusia diberi pilihan, memilih untuk bersyukur, itu adalah baik untuknya.Sebaliknya jika memilih untuk tidak bersyukur,akibat buruknya akan ditanggung sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Minoriti Yang Bersyukur . . .

Pada zaman Sayidina Umar al-Kattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata :"Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit!" Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah, Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya :"kenapa engkau berdoa sedemikian rupa? Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab :"Ya Amirul Mukkminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah :" sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur."(surah A'raf 7:10)

Kata pemuda itu lagi :"Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah".

Mendengar jawapan itu. Sayidina Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri :" Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! orang ramai lebih alim daripada kamu".

Doa yang berkenaan aneh tetapi benar ini telah mengejutkan Sayidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur,dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati ". (riwayat al-Bukhari)



sekian wassalam ^^

Tuesday, June 5, 2012

✿ subhanaAllah



subhanaAllah, sungguh indah ciptaan Allah swt buat hambaNya
wahai sahabat2 sekalian suburkan dirimu dengan syukur ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...