Saturday, December 22, 2012

✿ W.A.R.K.A.H C.I.N.T.A

Asssalamualaikum . Buat sahabat2 hari ni ana sekadar ingin berkongsi sebuah drama WARKAH CINTA iaitu drama yg pnuh islamik. Alhamdulillah, drama yg berjaya buat ana menitiskan air mata, penuh keinsafan, penuh motivasi setelah cerita KETIKA CINTA BERTASBIH. Moga sama2 kita peroleh manfaat dri drama ni. AKU NAK LELAKI YANG BAIK !!! insyaaAllah ana pun nak lelaki yg baik2 sahaja ( doakan ana ya ) ^_^ 

# yang di impi bukanlah sehebat dan sekacak yusuf, cukup punya sifat yang mencontohi dan meneladani Nabi Muhammad saw . . . Ameen, InsyaaAllah














Wednesday, December 19, 2012

✿ Walimahtulurus abg Mu'iz wa akak Siti

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, akhirnya dapat jgk ana update blog yang x seberapa ni. Bukan dengan niat utk bermegah atau apa2 tapi hanya sekadar perkongsian di antara sahabat. Entry ana hari ini adalah utk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan gambar2 yang sempat di "snap" semasa walimah abg ana Abd Mu'iz dengan akak Siti Fairuz.

Alhamdulillah pada 15/12/2012 bersamaan 1safar 1434 abg ana telah selamat di ijab kabulkan pada sebelah pagi di rumah kakak ipar at Tanjung Gading, Muar.

Manakala di sebelah petangnya pula majlis persandingn di sebelah perempuan. Majlis di iringi dengan hujan rahmat dri Allah SWT, walimah di sebelah perempuan warna tema pink purple. So sweettt , suka suka ^_^



Pada sebelah malam plk buat majlis khatam Quran ana dan adik. Memory yg sangat memalukan apabila malam tu ana dapat tau oleh mak bahawa kami akan berarak dengan di iringi paluan kompang, owhhhhh tidak !!! malu sangat2 masa tu. Ok, fine...Dah macam pengantin, tapi sangat awesome heeeee. Mak ayah cakap tu hajat diaorang utk  wt majlis khatam Quran lps semua adik beradik khatam Quran. Sangat seronok n meriah malam tu. Acara di mulakan dengan berarak bersama paluan kompang, then baru majlis di mulakan. ^_^








Kemuncaknya, reception kat rumah ana pula pada 16/12/2012 bersamaan 2 safar 1434. Majlis bermula pada pukul 11 pgi. Alhamdulilla cuaca yg sangat baik dan urusan kami serta tetamu yg hadir di permudahkn. Akan tetapi yg sangat mengejutkan ana ialah jumlah tetamu yg hadir sangat ramai, saudara ana cerita tetamu yg datang parking kereta sejauh 1km iaitu dari mula simpang masuk kampung ana hingga ke rumah ana. Subhanaallah, moga majlis kami di berkati Allah SWT. Itu kejutan buat kami utk yg pertama, kejutan yg kedua pula adalah majlis kami telah pecah record dlm kmpg ( huuuu dlm kmpung je pn ^_^ ) iaitu nasi di masak sebanyak 7 periuk nasi, ( bukan periuk nasi kat rumah tapi periuk besar tu huhuu )berikutan tetamu yg hadir ramai. Happy sangat masa tu, dapat jumpa saudara2 jauh yg datang ke majlis. Warn tema rumah kami pula Peach pink...heee ^_^






mak , kakak sepupu dan ayah ^_^


upin tomey2 is the KING CAT ^_^ 

Sekian, akhir kata dari ana SELAMAT PENGANTIN BARU buat abg Mu'iz dan akk Siti. Semoga kalian di berkati Allah SWT , di murahkn rezeki dan bahagia hingga ke Jannah, InsyaaAllah. Ameen ^_^

Wasalam . . .




Sunday, December 9, 2012

✿ curi AL-QURAN peninggalan atok !!


Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Entry ana hari ni adalah untuk berkongsikan kejadian yang baru sahaja berlaku kepada ana dan keluarga iaitu seorang pencuri tercuri AL-QURAN peninggalan atok di rumah.

Kejadian berlaku kira2 pukul 10 pgi tadi, iaitu sewaktu ketiadaan ummi, abi, abg2 dan adik di rumah. Ana tinggal bersendirian dirumah yang hanya bertemankan kucing ana sahaja. Malang tidak berbau, ya itulah pepatah yang sesuai dengan situasi kami.

Sewaktu kejadian, ana berada di dapur untuk membasuh baju2 dan rumah dalam keadaan semua pintu tertutup. Semasa ana ingin mengambil pakaian di bilik, tiba2 ana terlihat pintu utama renggang, seperti ada seseorang yang mencuri masuk, dan memang tidak silap ada seseorang yang baru sahaja keluar dari rumah ana sambil membawa beg biru SAG mengaji adik ana. Tanpa berlengah ana pun bertanya :

Ana : ya, cari siapa ?? ayah x ada kat rumah . . . 
Dia  : ( sambil nyorokkan beg itu ke dalam bakul dan agak tergamam melihat kewujudan ana ) 
         rumah tok ketua kat mana ??
Ana : ( was-was dengan pencuri itu ) rumah ketua kampung kat depan masjid . . .
Dia  : ( tanpa mengucap terima kasih terus pergi dengan menunggang motosikal honda merah )

Untuk tidak berburuk sangka ana menjangka dia hanya bertanyakan rumah tok ketua, tetapi terlintas di benak fikiran ana bahawa pencuri itu membawa beg mengaji adik ana yang mengandungi senaskah AL-QURAN & rehal. Lantas ana terus mencari beg tersebut, namun hampa, ianya hilang lenyap . . . perasaan kesal menyelubungi kerana al-Quran itu adalah peninggalan arwah atok yang dahulunya seorang imam dan ketua kampung. . .Al-Quran berwarna biru, sangat cantik dan mempunyai tandatangan arwah atok di dalamnya. Mungkin pencuri itu menyangka rumah ana yang akan mengadakan walimah abg pada 16/12/2012 mempunyai duit yang banyak di dalam rumah, lantas menyebabkan dia melakukan perkara sedemikian.

Sesampai ummi dan abi dirumah, ana terus menceritakan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Mereka terkejut dan bersyukur kerana pencuri itu tidak mencederakan ana. Syukur alhamdulillah kami dilindungi seisi keluarga. Maksu yang baru sahaja sampai di rumah turut terkejut. Mungkin pencuri itu tergesa-gesa dan hanya sempat mencapai beg berisi senaskah al-Quran sahaja. Kami mendoakan agar pencuri itu segera bertaubat serta insaf dengan berkat al-Quran peninggalan atok yang dia curi itu.

Moga Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya serta pencuri2 di luar sana.
Sekian, Wasalam . . . 

✿ qasidah penenang jiwa ^_^





Qasidah al-Jalaliyah | Fathul Mubin



saaltullah | Fathul Mubin


 Qasidah Ya Hanana


Qasidah Burdah


Qasidah Ya Badrotim ( wahai purnama )

wahai purnama . . . wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana . . . . bagaimana nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi . . . .2x
terangi kegelapan dan kebatilan

wahai purnama . . . wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana . . . . bagaimana nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi . . . .2x

dengan mu alam bergemerlapan . . . . bergemerlapan 2x
zahir batin dengan nur nikmat dan kemuliaan

wahai purnama . . . wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana . . . . bagaimana nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi . . . .2x
selawat Allah ke atasmu selama-lamanya 3x
siang dan malam jua 2x

wahai purnama . . . wahai purnama yang indah lagi sempurna
bagaimana . . . . bagaimana nak ku luah dengan kata-kata Engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi . . . .2x
selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu 2x
mereka yang istimewa dan amat sempurna

Saturday, December 8, 2012

✿ jalan-jalan at Penang ^_^

Assalamualaikum kpd sahabat2 yang ana kasihi semua. Setelah sekian lama x update blog TINTA NAURAH ni, now ana nak share some moment with friends at Penang. Actually, x ad input2 yang berguna pn utk entry kali ni. Tapi kalau ada yang terlintas nk melancong ke Penang, boleh la pergi ke tempat2 yang kami pergi ni. heee hanya sekadar gurauan sahaja ^_^


somewhere at KEBUN BUNGA


Botanical Garden


Botanical Garden


Botanical Garden


 Botanical Garden


heee comel kan sahabat ana ^_^


ok, mereka x perasaan ana snap pic ni..heee


suka sgt pic ni, chumelll ^_^


at MASJID TERAPUNG ^_^


at BATU FERINGGI


puncak Penang Hill


Penang Hill


Jambatan Pulau Pinang

sekian, wassalam ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...