Wednesday, June 26, 2013

✿ Umur dan Kematangan

Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kini usia ana telah pun mencecah 20 tahun. Persoalan pertama yang lahir dari benak fikiran ana . . .

# Adakah ana telah berbakti dan membuatkn keluarga bangga punya puteri seperti ana ?
# Adakah ana telah menjadi hamba yang taat pada perintahNya ?
# Adakah ana telah berusaha sedaya mungkin menjadi anak yang solehah ?

Disebabkan kini, masa ana banyak di habiskan di tempat pengajian, cuti semester seperti ini ana manfaatkan sebaik mungkin untuk di luangkan bersama keluarga, berkongsi suka dan duka, dan sebagainya. Sungguh merindui saat seperti ini sewaktu berjauhan dengan keluarga. Ana sangat pasti sahabat-sahabat ana di luar sana turut merasai benda yang sama ^^. Mak selalu menceritakan tentang diri ana sedari kecil. Seronok mendengar telatah diri waktu kecil ^^ Kata mak, 20 tahun yang lepas, ada waktu yang mencemaskan seisi keluarga. Ana yang di jangka lahir pada 15 Mei 1993 masih tidak menunjukkan sebarang tanda kelahiran ana di dunia. Mencemaskan kerana mak menghadapi diabetes ( kencing manis ) mungkin boleh memberi kesan pada ana.

Mungkin di sebabkan ana lena dalam alunan zikrullah, suara dan setiap degupan jantung mak. Merasai kasih sayang dari seorang ayah yang tidak henti mendoakan kelahiran puteri tunggalnya dengan sempurna tanpa cacat cela dan kekanda2 yang senantiasa menantikan adindanya lahir kedunia. Dan mungkin juga ana tengah membuat perjanjian dengan yang Maha Agung tentang amanah hidup di dunia yang perlu dijalankan sebagai hambaNya.

Alhamdulillah tanggal 18 Mei 1993 bersamaan 24 Zulkaedah, ana selamat di lahirkan melalui pembedahan setelah mak terpaksa di kejarkan ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar untuk melahirkan ana pada hari itu juga tanpa sebarang penangguhan. Ana hampir lemah dengan sakit yang Allah ciptakan. Alhamdulillah, kini ana telah pun berusia 20 tahun. Entah mengapa, kini ana mula merasai kematangan dalam diri. Walau kematangan itu tidak dapat di ukur dengan usia atau pangkat, tapi ana dapat merasai jentikan jiwa tersebut.
Perasaan seperti sesuatu yang lain dalam diri kita. Pernah ana bertanya kepada mak,

ana : mak, memang macam ni ke perasaan mak bila umur berganjak ke "puluhan tahun"
mak : apa perasaan nasuha sekarang ni ? cerita pada mak.
ana : . . . . . ( terdiam seketika ) entahlah, rasa sesuatu yang lain dalam diri. sebelum ni tak pula rasa mcm ni. Kadang rasa takut pun ada. Rasa susah sangat nak cakap dan terangkan.
mak : mungkin dah bertambah dewasa, mula memikirkan hal-hal seterusnya dalam hidup.
ana : abang-abang pun macam ni juga ke? mak ayah pun rasa yang sama ke ?
mak : mungkin ada hikmahnya. setiap orang tu lain apa yang dia rasakan.
ana : mungkin . . . . ( memahami jawapan mak itu sangat mendalam )

Mungkin juga ana telah mengenali diri siapa diri ana sebenarnya, dan apa yang ana tercari-cari dalam hidup ini. Amat sukar untuk di ungkap dengan kata-kata. Kita seringkali berdoa agar di pertemukan dengan hamba yang soleh dan solehah, tapi pernahkah kita meminta untuk kenalkan diri kita sendiri. Sungguh mengenali diri sendiri itu lebih halus dan sulit berbanding yang lain.

Syukur, ana di lahirkan dalam keluarga tarbiah, pun begitu ana ingin menjadi anak akhirat iaitu memandang dari jendela cinta akan akhirat. InsyaaAllah, Allah hanya akan memandang takwa di hati kita, dan bukan pula memandang dari siapa asalnya keluarga kita. Teringat ana akan sepotong lagu yang di popularkan kumpulan Raihan . . . " iman tak dapat di warisi, dari seorang ayah yang bertakwa ". ✿

Ana bercita-cita ingin menjadi anak kunci kebaikan. Bagaimana pula dengan sahabat2 ? ^^ Apa yang di maksudkan dengan anak kunci kebaikan adalah menjadi pembuka kepada perbuatan yang baik. Dalam erti kata lain, menjadi ikutan atau teladan dari perbuatan yang baik kepada orang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
" bermula  sesuatu yang baik ibarat peti besi ( khazanah ) dan bagi setiap peti ada anak kuncinya, Maka, berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak ( halangan ) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka ( neraka ) bagi seseorang yang menjadi kunci kepada kejahatan dan penyelak ( halangan ) kepada kebaikan " - HR Ibnu Majah. ✿

Allah akan memberikan kebaikan kepada mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, memberikan ketengangan dan cukupkan keperluan baginya segala keperluan hidup. InsyaaAllah. Menyelusuri jalan mujahadah dan menempuh mihnah bagi ana umpama berperang dengan diri sendiri demi memiliki dan memenangi Qalbun Salim. Mihnah itu adalah hadiah kerana di sebalik titipanNya pasti ada kebahagiaan, InsyaaAllah. Hadiah pemberianNya berbalutkan keresahan dan rintihan sebelum kita membukanya iaitu sama seperti kita memiliki ' hati emas '.

Sayangilah hati kita walau dengan secebis kasih. Penyakit hati sangat halus, Terkadang kita sendiri pun tidak menyedari kehadirannya. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga kesucian hati sesuai dengan fitrahnya yang suci dan sukakan kebaikan. Seperti mana ' jendela '. Cahaya matahari hanya akan masuk ke rumah apabila kita membuka jendela dengan luas, cahaya itu akan membawa kesegaran tetapi jika jendela itu tertutup rapat, bagaimana sinar mentari boleh menyusup masuk ke dalamnya. Begitu juga dengan hati kita. cahaya akan masuk apabila kita bersedia membuka hati dan mengisinya dengan makanan rohani dan ilmu yang bermanfaat.

Kelemahan itu sebenarnya sebuah kekuatan bagi hati yang belum ' mati ', demikian bermaksud kelemahan di sini adalah merendahkan sebelum direndahkan. Ta'lluq billah itu tidak seharusnya wujud pabila kita ditimpa musibah yang berat sehingga tidak berdaya untuk melangkah, barulah kita memanggil dan tercari-cari Allah. Sentiasalah bertakwa, pasrah dan redha itu sepatutnya menjadi aset kita.

" Ketahuilah, takdir itu tidak berjalan menurut rancangan kita. Bahkan, kebanyakan yang terjadi adalah apa yang kita tidak rancang. Sedikit sekali terjadi apa yang kita rancang ". - Ibnu Athoillah ✿

Sekian, Wassalam ✿


Tuesday, June 25, 2013

✿ Sahabat Kerana Allah ^_^


roomate ✿


sahabat sehati sejiwa dalam 1 group ✿


sentiasa bersama  ^_^



Monday, June 10, 2013

✿ Di Persimpangan Pilihan


Assalamualaikum. Salam ukhwah dari ana buat sahabat2 yang sudi singgah ke blog ana, syukran ^_^ Apa khabar iman ? Moga kalian dalam rahmat dan berkat Ilahi. Entry ana untuk hari ini bertajuk " DI PERSIMPANGAN PILIHAN ". Moga ada pengisian yang memberi manfaat buat kita semua, InsyaaAllah.

Tanpa sedari dek mata kita yang sentiasa terbuka, adakalanya kita berada di sebuah persimpangan pilihan yang banyak di depan mata. Di antara ke semua jalan itu, kadang kala kita di beri satu pilihan untuk memilih mana yang terbaik buat diri kita.

Dan untuk membuat pilihan itu bukanlah satu perkara yang mudah untuk di lakukan. Kadang kala kita akan di sapa dengan kebuntuan. Buntu untuk membuat pilihan yang sekiranya tersalah pilih akan membawa kebinasaan pada diri kita sendiri. Kadang kala juga, kita takut untuk membuat pilihan yang boleh menyakitkan insan yang disayangi. Demikian adalah bukti di dalam hati kita itu penuh dengan kasih sayang juga keraguaan.

Dia sengaja bagi pilihan yang banyak tidak kira mengenai apa jua sekalipun. Ada ketika , kita terasa Dia sengaja memberikan pilihan yang perlu di timbang baik buruknya yang membuatkan hati menjadi sesak dan menghimpit jiwa.

Walaupun begitu, Allah SWT sebenarnya tidak akan membiarkan hambaNya dalam kebingungan, terkontang-kanting dengan pilihan yang telah diberikan kecuali Dia telah sediakan cara untuk meyakinkan diri bahawa pilihan yang akan dibuat itu adalah tepat. Apakah cara tersebut ?  ~ ISTIKHARAH ~

Jika terasa susah sangat untuk membuat pilihan, maka mintalah pertolongan kepada-Nya untuk memberikan petunjuk pilihan terbaik untuk kita. Ta'alluq billah iaitu kebergantungan kepada Allah. InsyaaAllah, Dia akan permudahkan urusan kita. Dia sangat mencintai hambaNya yang merintih, mengadu dan meminta pertolongan dariNya. Sungguh indah perancangan TUHAN Yang Maha Esa.

Teruskan berdoa dengan harapan semoga setiap langkah kebaikan itu disertai dengan kemudahan yang tidak melelahkan jiwa dan memanjakan diri kita ini tergelincir dari jalan yang diredhai oleh-Nya.

Sekian, Wassalam ✿

Sunday, June 9, 2013

✿ Motivasi : Jangan Keterlaluan Dalam Mengharap


Assalamualaikum , sekadar perkongsian buat sahabat2 ana tersayang. Selamat membaca ^_^

       Sangatlah sakit apabila yang diharapkan tidak menjadi. Menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara itu satu hal, pada saat menerima keputusan akan pengharapan yang dinanti-nantikan itu juga satu hal. Tidak boleh duduk diam dibuatnya .Aneh?, memang aneh.

      Berharap itu bukan tidak boleh, boleh. Apa yang tidak bolehnya adalah terlalu berharap kepada sesuatu itu. Lebih-lebih lagi apabila berharap kepada manusia. Ia akan mendatangkan kesakitan di dasar hati kita. Ditempelak pula dengan dugaan . . . .

     Terasa beban di jiwa dan di bahu sangat berat !

     Mengapa apabila menerima perkhabaran yang berbeza dengan pengharapan, kita akan terasa sekali bebanannya ? Lebih-lebih lagi sedari awal keinginan untuk memiliki dan rasa sudah memiliki tertanam dalam diri. Sebabnya, kita terlalu yakin yang ia akan menjadi milik kita.

     Semakin diri dan jiwa terikat dengan rasa ' sudah memiliki dan di miliki ', maka kian kuat pula perasaan sakit ketika sesuatu itu tidak menjadi seperti yang di jangkan dan di inginkan. Akibatnya ada rajuk yang bermukim di hati. Allahu akbar !

     Secara ringkasnya, kita ini sebenarnya makhluk yang sangat kuat sifat perasan dalam diri. Keterikatan antara sejauh mana usaha kita dengan kejayaan, sinonim dengan kejayaan yang sepatutnya diterima. Disebabkan itu, ramai yang tidak redha atas sesetengah perkara waalaupun sebenarnya kita tahu di sebalik usaha keras yang dilakukan, ada Tukang Nilai yang maha Penilai.

    Jadi, tidak hairan kalau ada manusia yang hampa, merajuk dan membawa diri. Ayuh sama-sama kita berdoa agar dijauhkan diri kita dari perasaan sedemikian dan  terus teguh menyerahkan segalanya pada yang maha Esa.

    Sekian, Wassalam ^_^

#  rujukan : motivasi islamik " Allah Tidak Pernah Jauh " 


Tuesday, June 4, 2013

✿ C.I.N.T.A. D.A.N. W.A.H.Y.U.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..moga kalian dalam rahmat dan redha Allah ^_^ Sekadar perkongsian di waktu lapang sebuah drama..Cinta dan wahyu iaitu sambungan dari Warkah cinta yang jua pernah ana post di entri yang lepas..drama islamik yang penuh dengan motivasi insyaaAllah..Selamat menonton..✿


EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

EPISOD 4

EPISOD 5

EPISOD 6

EPISOD 7

EPISOD 8

EPISOD 9

EPISOD 10

EPISOD 11

✿  EPISOD 12 akan menyusul, harap maaf ^_^


Sunday, June 2, 2013

✿ O.C.E.A.N B.L.U.E

Assalamualaikum..^_^ uhuhu lama sungguh ana x update blog yg x seberapa ni..Rindu pula rasanya nak berkarya..cehhh berangan je lebih kn ana ni..Tapi, kita perlu angan2kan sesuatu itu untuk gapai jadi realiti.. Now, ana x nak berkarya..hee just nak share some pic yg sempat ana dan sahabat2 snap di malam mesra kolej at Georgetown City Hotel..tema O.C.E.A.N  B.L.U.E  


meja bertuah kami  = TABLE 38

kami anak2 johor dan ngeri sembilan 

di apit oleh puteri2 bunian MAGIKA

saya sayang awak

kawan suka dan duka di ward ..love u all

with tutor Pn. Seroja

with syamimi org nogori 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...