Saturday, September 22, 2012

✿ minum air secukupnya


Assalamualaikum . . .

Hari ni ana nak berkongsi khasiat air mineral , juga di kenali sebagai air putih, air kosong, air masak. Air sangat penting dalam kehidupan manusia yang merupakan sebahagian daripada cecair dan elektrolit iaitu homeostasis ( kebolehan badan utk mengekalkan keadaan keseimbangan fisiologik walaupun keadaan persekitaran sentiasa bertukar ). Ia umpama minyak utk sesebuah kenderaan, tanpa minyak kereta tidak mampu utk bergerak.

Tanpa air manusia tidak boleh hidup begitu juga dengan haiwan dan tumbuhan. Kajian menunjukkan 2/3 iaitu 60% bagi dewasa manakala  80% bagi kana-kanak daripada komposisi badan adalah air. Kita mampu hidup tanpa makanan utk tempoh berminggu malah jua berbulan. Tetapi tanpa air walaupun sehari, fungsi badan kita akan terjejas. Kira-kira seminggu ,kita akan mati jika tidak menemui air.

Allah swt menceritakan fungsi air dalam kehidupan manusia yang bermaksud : " Agar ( dengan air itu ) Kami menghidupkan negeri yang mati (tandus) dan Kami memberi minum kepada sebahagian makhluk yang telah Kami ciptakan ( berupa ) haiwan-haiwan ternakan dan manusia yang ramai". [ surah al-Furqan 25 : 49 ].

Rasulullah saw juga menyarankan agar kita mengisi perut tidak lebih dari 1/3 makanan agar 1/3 lagi dapat digunakan utk air dan 1/3 lagi udara utk pernafasan. Cara yang terbaik utk mengesan kekurangan air dalam badan kita adalah dengan melihat warna urin. Sekiranya ia pekat dan berbau kuat bermakna, badan kita memerlukan lebih air. Tetapi sekiranya ia jernih dan cair, badan kita cukup air.

APA FUNGSI AIR KEPADA BADAN KITA ?

#  membantu utk berfikir ( tiga suku daripada komposisi otak ialah air )
#  mengangkut zat-zat makanan ke seluruh badan
#  mengawal suhu badan ( apabila demam perlu minum air sebanyak 2 hingga 3 liter air sehari )
#  melembutkan dan mencantikkan kulit
#  membuang bahan kumuh melalui urin dan feces
#  melancarkan peredaran darah
#  menggerakkan otot-otot dan sendi

PANDUAN UMUM AIR SECUKUPNYA

#  membawa sebotol air mineral ke mana-mana sahaja anda pergi dan letakkan di atas meja belajar atau kerja, secara tidak langsung ,ia akan mengingatkan anda utk minum
#  jadikan rutin minum air segelas sebaik sahaja bangun dari tidur dan sebelum tidur
#  pastikan air yang di bawa semasa bermusafir kerana badan akan kehilangan banyak air dalam perjalanan jauh
#  jangan makan berlebihan utk galakkan pengisian ruang air yang secukupnya.

sekian wassalam . . .

( rujukan majalah Gen-Q dan nota fluid n electrolyte : surgical nursing )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...