Friday, August 31, 2012

✿ Hukum Bersentuhan Bukan Mahram Dalam Perubatan


Assalamualaikum warahmatullah wbr . . . 
Hari ini ana nak kongsi sedikit pengalaman ana sebagai jururawat pelatih yang bertugas di ward. Bekerja sebagai jururawat perlu berhadapan dengan pelbagai kemungkinan dan lapisan masyarakat dan agama. Tidak dapat dinafikan mejoriti patient di Hospital Penang adalah dari agama Hindu dan Budha. Berbagai persoalan timbul di benak fikiran ana ketika ditugaskan di ward2 yang telah ditetapkan, antaranya :
Macam mana ana nak jaga batas2 agama dengan patient lelaki dan non-muslim ?
Boleh ke ana pilih untuk rawat patient perempuan sahaja ?
Boleh ke ana rawat mereka dengan baik ?
Boleh ke patient bagi kerjasama yang baik dengan ana ?
Posting yang pertama ana ditugaskan di ward C5 medikal lelaki dan perempuan dalam tempoh 2minggu. Alhamdulillah ana hanya ditugaskan untuk rawat patient cubicle perempuan sahaja. Posting yang kedua ana ditugaskan di ward C9 surgikal lelaki. Kali ni ana x boleh pilih patient untuk dirawat, tanpa berfikir panjang ana menggunakan disposable glove andai perlu bersentuhan dengan patient. Alhamdulillah, ada yang memahami akan batas2 dalam agama dan tidak kurang juga patient non-muslim yang turut memahaminya, ia amat membanggakan ana. ^_^ Seteruskan ana ditugaskan di ward C8 kardiologi dan C12 ortipedik perempuan.
Disini ana kongsikan persoalan yang ana sendiri tercari-cari jawapan dan mudah mudahan turut memberi manfaat buat kalian, insyaAllah. ^_^
Soalan: Apa hukum bagi pekerjaan yang memerlukan seseorang itu menyentuh golongan yang bukan mahram, contohnya doktor untuk merawat pesakit atau jururawat yang terpaksa sentuh pesakit untuk memberi bantuan?
Jawapan: Darurat ialah keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia. Adapun darurat menurut ulama fiqh adalah berhajatnya manusia itu kepada batasan (perkara yang dilarang oleh syarak) dan jika sekiranya tidak mengambil perkara yang dilarang itu maka akan binasalah manusia tersebut.
Di dalam menjawab dan menyelesaikan persoalan ini, kita mestilah (wajib) merujuk terlebih dahulu kepada al-Quran al-Karim dan hadis Rasulullah S.A.W. sebagai kayu pengukurnya. Penjelasan dari para ulama muktabar dijadikan panduan di dalam memahami dalil-dalil yang dikemukakan pada setiap persoalan dan permasalahan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak boleh memudaratkan (diri sendiri) dan tidak boleh memudaratkan (orang lain). (Riwayat Ibnu Majah, Malik, Hakim, Baihaqi dan Daruqutni).
Dari hadis ini, para ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah fiqh (qawaid fiqhiyyah) di antaranya:
Darurat boleh mengharuskan perkara yang diharamkan dengan syarat (darurat tersebut) tidak kurang darinya (perkara yang diharamkan).
Berikut adalah syarat-syarat bagi memastikan kemudaratan:
  • Perkara yang betul-betul berlaku dan bukan perkara jangkaan.
  • Tiada cara lain untuk mempertahankan kemudaratan melainkan mengambil perkara yang dilarang oleh syarak.
  • Wajib ke atas orang yang terpaksa (mengambil mudarat) menjaga kadar darurat tersebut kerana apa yang diharuskan di dalam keadaan darurat diukur berdasarkan kadar darurat tersebut.
  • Wajib ke atas orang yang terpaksa (mengambil mudarat) mempertahankan darurat berdasarkan kaedah: Menolak kerosakkan (lebih besar) dengan (kemudian) kerosakkan (besar).
  • Orang yang terpaksa (mengambil mudarat) perlu mengutamakan rukhsah terlebih dahulu.
Di antara keadaan yang boleh dikatakan sebagai darurat adalah terpaksa melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika mengubati pesakit dengan beberapa syarat yang yang telah ditetapkan oleh syarak. Darurat yang dimaksudkan di sini ialah ketikamana tiada doktor sejantina untuk merawat pesakit yang kronik (jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan kematian dan kesakitan berterusan dll), maka dibolehkan doktor yang bukan sejantina merawat pesakit tersebut dengan beberapa syarat yang telah digariskan syarak.


Firman Allah Taala bermaksud: Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah di dalam perkara agama. (Surah al-Hajj: Ayat 78).
Firman Allah Taala bermaksud: Allah tidak memberatkan seserang melainkan apa yang terdaya olehnya. (Surah al-Baqarah: Ayat 286).
Firman Allah Taala bermaksud: Tetapi barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Baqarah: Ayat 173).
Menurut hukum asal yang telah ditetapkan syarak, tidak harus bagi seseorang perempuan itu diubati oleh lelaki (serta sebaliknya). Ini kerana mengubati seseorang yang berlainan jantina itu boleh membawa kepada melihat dan menyentuh bukan mahram. Hukum haram ini (melihat aurat dan menyentuh bukan mahram) telah sedia kita maklumi sejak dari kecil lagi maka saya tidaklah bercadang untuk menjelaskan perkara ini secara terperinci lagi.
Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah perempuan-perempuan mendedahkan perhiasan mereka kecuali bahagian-bahagian (anggota) yang zahir sahaja. (Surah al-Nur: Ayat 31).
Daripada ayat al-Quran al-Karim di atas, para ulama telah menetapkan bahawa, aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Adapun aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. Inilah pendapat kebanyakkan (jumhur) ulama berkenaan dengan batasan aurat. Adapun menyentuh bukan mahram juga tidak dibenarkan oleh para ulama.
Sepanjang penelitian, pembacaan, perbincangan dan pengajian saya yang tidak seberapa ini, saya belum pernah menjumpai sebarang keharusan untuk melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketikamana di dalam pembelajaran ilmu perubatan. Apa yang selalu disebut oleh para ulama di dalam membincangkan persoalan darurat ini adalah diingatkan agar sentiasa meminimumkan kadar keharusan (melihat aurat dan menyentuh bukan mahram) dengan sedaya upaya sepanjang tempoh darurat tersebut. Perbuatan ini (keharusan merawat ketika darurat) adalah semata-mata bagi menjaga dan memelihara maqasid syariyah sepertimana yang telah disebutkan di atas.
Adapun pembelajaran ilmu perubatan bukanlah terdiri dari perkara-perkara darurat yang telah diperbahaskan dan dipersetujui oleh para ulama. Kesimpulan yang boleh saya katakan di sini ialah, tidak harus bagi seseorang itu melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika di dalam proses pembelajaran kerana ia bukanlah perkara darurat.
Perlu diingatkan, proses pembelajaran dan situasi merawat pesakit adalah dua perkara yang berbeza. Pelajar perubatan bukanlah berada di dalam keadaan terpaksa ataupun darurat, akan tetapi berbeza dengan pengamal perubatan yang sememangnya menghadapi situasi yang tidak dapat dielakkan ketika merawat pesakit. Oleh itu, dapatlah difahami di sini, darurat hanya boleh digunakan ketika kita benar-benar di dalam keadaan darurat sahaja.
Sekian, wassalamualaikum ^_^

Tuesday, August 28, 2012

✿ a corner thats S.E.R.A.B.U.T ^_^


meja study ana . . . colourful ^^



lets find the hidden items . . . where my key ?? ^^



serabut with assignment !! ^^



TEMAN ANA TERSAYANG . . ^^





            
 teks book + lecture notes

               =

 learns how to be good nurse ^_^

Monday, August 27, 2012

✿ Akhi Wa Ukhti



•❤•Ya Akhi....

"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan menyesal selamanya...
titipkanlah cintamu pada wanita solehah..
yang menutup mahkotanya dengan sempurna dengan pakaian takwa..
kerana kelak dari rahimnya akan lahir cahaya mata..
yang kan menjadi penolong agama dan dakwah"..

Maka....
"Janganlah engkau salah menaruh cinta....
titipkanlah pada wanita solehah...
kerana ia adalah bidadari dunia..
anugerah terindah yang Allah berikan kepadamu"....

>>>Sabda baginda Rasulullah, " Seseorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah....

✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸

•❤•Ya Ukhti...
"Jangan salah menaruh cinta...
kerana engkau akan merana selamanya...
titipkanlah cintamu pada lelaki yang soleh...
yang ada AGAMA di hati yang mampu menjadi iman dalam solatmu kelak...
kerana ia bakal menjadi bapa kepada anak-anakmu...

Maka.....

Janganlah engkau salah menaruh cinta...
titipkanlah pada lelaki yang soleh...
kerana di hati dia akan sentiasa berusaha sama-sama mencari jalan kesyurga bila bahtera di layar dan masjid di bina...

>>>Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”.
(Ali Imran 133-134)

Sunday, August 26, 2012

✿ Hakikat Kecantikan





Cantik Itu ..

Bukan Ia Yang Memiliki Mata Yang Indah,
Melainkan Ia Yang Selalu Menjaga Pandangan Matanya ...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yang Memiliki Senyum Yang Menawan,
Melainkan Ia Selalu Tersenyum Karena Ibadah ...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yang Memiliki Bibir Terindah,
Melainkan Ia Yang Memiliki Bibir Untuk Slalu Berdzikir ...

Cantik Itu ..
Bukan Karena Ia Yang Selalu Menggunakan Make Up Yang Mahal Di Wajahnya,
Melainkan Ia Yang Selalu Membasuh Wajahnya Dengan Air Wudhu ...

Cantik Itu..
Bukan Ia Yang Memiliki Tubuh Yang Indah,
Melainkan Ia Yang Selalu Menghijab Tubuhnya Dengan Pakaian-Pakaian Santun ...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yang Selalu Menolong, Melainkan Ketulusan Hatinya Saat Ia Menolong.

Cantik Itu ..
Ada Pada Hatimu Yang Tercantik..
Karena Kecantikan Hatimu Akan Memancarkan Cahaya Di Wajahmu ....

Dan Cantik itu Lebih Indah Jika kau Tutup Dngan SeheLaI KaIn ♥

Jadikanlah Hatimu Lebih Cantik Dari Wajahmu Wahai sahabatku ♥

Friday, August 24, 2012

✿ Kelebihan Anak Soleh di sisi ALLAH SWT




Salah satu ciri-ciri anak yang soleh ialah dia sentiasa mendoakan kebaikan buat kedua ibu bapanya

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali
 dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.

Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku." sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wednesday, August 22, 2012

✿ Dalam memilih pasangan



Isteri merupakan pasangan sehidup semati dan teman perkongsian segala suka dan duka.Amat penting dalam memilih bakal isteri yang terbaik, perlu kepada pemilihan mengikut panduan yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sebaik-baik jodoh yang bakal dijadikan isteri adalah yang dapat memenuhi nilai-nilai maknawiyah dan jasmaniyah, tetapi jika tidak didapati maka nilai-nilai maknawiyah itu mestilah diberi keutamaan berbanding dengan nilai jasmaniyah. Pemilihan jodoh ini juga bukanlah khusus kepada lelaki, namun kaum wanita juga perlu kepada pemilihan jodoh bakal suami.

Di antara ciri-ciri utama yang dianjurkan dalam pemilihan jodoh ialah:

1. Yang beragama dan berakhlak mulia

Yang dimaksudkan dengan agama di sini ialah bukanlah agama Islam semata-mata tetapi menghayati prinsip-prinsip dalam agama Islam serta mempunyai akhlak dan perlakuan yang mulia.

2.Bersifat pengasih dan penyayang

Sebaik-baik wanita ialah mereka yang pengasih dan penyayang, mampu memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak. Wanita yang kasar, pendendam dan pemarah tidak akan dapat menjadi seorang isteri yang baik dan mampu meneruskan hidup dengan suami dan kehidupan berumah tangga akan menjadi tidak selesa. Begitu juga dengan suami, mereka perlu bersifat pengasih dan penyayang serta pandai mendidik isteri dan anak-anak bersesuaian dengan keadaan.

3. Boleh melahirkan zuriat

Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung dan memperkembangkan zuriat. Maka, bakal suami dan isteri perlulah mampu dari segi zahir dan batin serta boleh memperkembangkan zuriat. Kehidupan tanpa anak-anak akan sunyi dan tidak bahagia.

4. Masih perawan

Yang dimaksudkan di sini ialah wanita yang bersih dan belum biasa mengenali permainan cinta lebih baik daripada janda yang telah biasa dengan permainan asmara kecuali pada keadaan tertentu.

5. Keturunan yang baik

Bukanlah di sini bermaksud keturunan bangsawan ataupun hartawan tetapi keturunan yang yang baik dari segi keagamaan, kecerdasan, kesihatan dan akhlak yang mulia.

6. Tiada jurang perbezaan yang besar

Seeloknya tidak ada jurang umur, status sosial, pendidikan yang terlalu besar antara calon suami dan isteri. Perbezaan yang jauh daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menyukarkan lahirnya keserasian dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga. Oleh kerana itu beberapa mazhab mensyaratkan adanya kufu'(setaraf) antara calon suami dan isteri.


7. Bukan keluarga yang terdekat

Perkahwinan dengan keluarga yang terdekat seperti sepupu kurang digalakkan kerana ianya tidak dapat membina jaringan keluarga yang lebih luas. Sebaiknya, calon suami dan isteri datangnya daripada keluarga yang jauh seperti perumpamaan benih pokok jika dicantumkan dengan baka yang berlainan akan melahirkan baka yang baik. Antara hikmah perkahwinan dengan keluarga yang jauh ialah antaranya dapat melahirkan zuriat yang sihat sama seperti benih pokok itu tadi.


Itulah antara ciri-ciri pemilihan jodoh mengikut pendapat penulis berdasarkan kepada penelitian kepada kehidupan berkeluarga secara realiti dan panduan yang telah diberikan oleh syariat Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi yang menetapkan adalah Allah S.W.T. sendiri. Sebaik mana pun perancangan manusia, tetapi perancangan Allah S.W.T. lebih baik lagi. Semoga dengan ikhtiar dalam pemilihan jodoh ini akan memberikan kebahagian kepada kehidupan berkeluarga dan dalam membina masjid dalam hidup akan kekal hingga ke akhir hayat. Apa yang penting ialah perlunya kepada hubungan yang dekat dengan Allah S.W.T. serta baiknya hubungan dengan keluarga terdekat serta semua masyarakat. Doa sebagai pemandu arah dalam kehidupan suami isteri. InsyaAllah..
# taaruf bukan couple ya!! # ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...